Saturday, 17 December 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Tuesday, 13 September 2016

SUGARLAVENDAA



Assalammualaikum
Salam Sejahtera


Apa itu SugarLavendaa?

SugarLavendaa is my part of online business. I pilih nama tu sebab nampak macam comel jer, even orang kata tak comel. Nampak macam klisey je kan. But, its ok. It is my own choice. btw, Sugarlavendaa also is an official agent of Homemade By Umie. Homemade By Umie is my aunt's business. I spread her business kat kolej tau. Kawan-kawan kolej semua sukaaa.

Bila mula?

Actually dah lama mula dah. Tapi secara official, start hari ini. Yeayy. Alhamdulillah, my sugarlavendaa is under my Sapphire Beauty Enterprise, which means macam anak syarikat. Kihkihkih. Sapphire Beauty dah register dengan SSM dah. So jangan takut dengan seller macam I ok.

Apa hangpa juai?


Durian Crepe 

Kami ada menjual Durian Crepe (yang semestinya laku keras), Hot Beef Lasagna, Hokkaido Chiffon, and Cheese tart. Kami juga menerima tempahan kek kahwin and kek birthday for your special event.


Chocolate Cheese Berhantu :)

Tapi untuk detailed kek kahwin / kek birthday, boleh direct terus dengan makcik saya ok.






Macam Mana kami nak dapatkan?

Actually, kami cuma fokus dekat Muar. Batu Pahat, Melaka & Bandar Penawar is additional & optional. If order in bulk quantities, we consider to deliver our product.


Hubungi Kami:

Instagram: @sugarlavendaa
Facebook Page: @sugarlavendaa
Facebook Owner: Nurul Filzah
My Contact Number: 011-17691361
Aunt's Number: 012-3310367
Hashtag: #spreadsugarlavendaaloves



Friday, 3 June 2016

Pengalaman di kem SUWARA II [PART 1]



Assalammualaikum
Salam Sejahtera..


Pengalaman 4 hari 3 malam di Kem MSN, Asahan, Melaka sangat beri makna dan impak besar buat aku. Program ini diberi nama Kem Sukarelawan Belia Wilayah KEJORA Siri II 2016. Aku join under kolej, so ade beberapa geng dari KPM ikut sama. Actually aku dah lama gila tak join kem macam ni. So tetiba hati terdetik nak join. Kebetulan jatuh pada cuti semester dan dekat sikit dengan Muar. Pada mulanya daftar tu eksaited kot nak join. Tapi bila dah balik rumah, rasa macam malas gila nak pergi.

Packing barang pun malam sebelum nak pergi. Beli barang-barang yang kena bawa pun time malam tu jugak. Ingat lagi, pergi kol 9.30. Tak terkejar pulak time tu takut kedai dah tutup. Hahaha, kelakar ingat balik. Sebab engko dah cuti seminggu kat rumah, pastu teringat kena pergi kem. Kahkah, ketawa untuk diri sendiri. Btw, kem ini kami dapat seorang RM50. Boleh lah kot tambah duit poket, alang-alang malas nak cari part time. 

Meh nak cerita time kat sana.

26 Mei 2016

Bangun awal sebab nak sambung packing. Takut ada tertinggal barang. Siap whatsapp dengan kawan aku, Zaza tanya dia apa lagi kena bawak. Aku kena get ready kat exit Tangkak kol 10. Sekali kena tunggu bas kolej sampai kol 12 tengah hari diorang sampai. Lama kot tunggu dekat situ.

Bas sampai je terus bertolak ke kem. First impression, wooww very nice place. Subhanallah memang cantik. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Ledang. Memang cantik. Kalau korang dapat kem kat sana, pergilah. Memang Cantik weh. Berapa kali seh nak cakap cantik ?



Sampai sana kita orang makan tengahari terus solat. Petang tu takde aktiviti sangat sebab khemah pihak sana dah pasangkan. So just kemas-kemas barang kitaorang jela.

After maghrib+Isya' and makan malam, kita orang dikejutkan untuk masuk hutan malam itu jugak. Mula-mula ingat just jalan je. Sekali amik ko, kena tinggal sorang-sorang kat hutan. Even agak dekat kedudukan engko dengan kawan, tapi still takut kot. Hutan gunung ledang kan. Kat situ, memang kena bina keyakinan di tahap maksima. Takut memang ada, siap dengar ade orang jalan-jalan lagi dekat tempat aku tu.Tapi hiraukan jer sebab aku tahu ade benda lain yang tengah lalu kat situ. Beza tau bunyi manusia jalan dengan benda tu jalan. So far nasib baik takde binatang yg berbisa. Seram jugak tuh even dah letak sulphur.


Biasalah time engko kena tinggal tu, macam-macam benda engko pikir. Banyak kan. Ayat Quran tu kalau boleh siap nak khatam terus. Hahahaha. Memang kelako. Agak dah lama sangat tunggu orang datang ambik, aku pun rasa nak tido. Baru je nak tido, baru dengar orang datang ambik. Yeahh, alhamdulillah syukur selamat semuannya. Then malam tu group aku pulak kena jaga dari kol 3 sampai 5 pagi. Hahaha aku pun jagalah jugak, tapi depan khemah je. sekali amik ko tertido depan khemah. berbumbungkan langit berlantaikan simen. berbantalkan beg baju. Memang rasa kem sukarelawan betul. Hahahaha. Pastu tetiba ade urusetia datang kejut suruh tido dalam khemah and tak payah jaga. Time tu engko jangan cakaplah, sejuk angin malam tu macam mana. Tapi aku tak tido pun dalam khemah malam tu sebab lagi 15 minit dah nak kol 5 and kol 5 dah kena gi surau. so tunggu jela sampai kol 5 sambil main fon even kat sana tak de LINE ! 

Duduk sana memang tak pegang fon kot. Battery dengan powerbannk boleh idop 4 hari. Gambar pun ihsan dari kawan-kawan kat sana.

hahaha. dah. aku rasa nak sambung nanti. sebab dah panjang sangat membebel.

Jumpa part II. 

BYE